Profil
   Sejarah
   Lokasi

 

   Maklumat Aspek

  

   Kepimpinan

   Pendidikan

   Ekonomi

   Kebersihan Dan Kesihatan

   Keindahan Dan Keceriaan

   Kerohanian dan Sivik

   Teknologi Maklumat  

  

 

   Pautan Luar

   Kementerian Kemajuan Luar 

   Bandar Dan Wilayah

   Portal KEMAS

   Utusan Malaysia

   Sinar Harian

   Berita Harian

   Harian Metro

   Mstar Online      

   Bernama  

   Login E-mel Gmail

   Login E-mel Yahoo

  
Free chat widget @ ShoutMix

  Hubungi Kami:

  webmaster@gdwkemunchup.com

  gdwkemunchup@yahoo.com
  

Austin e-commerce
Austin e-commerce



KATA-KATA ALUAN 

PENGERUSI GERAKAN DAYA WAWASAN KAMPUNG KEMUNCHUP                                                                      

Pertama sekali saya merakamkan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada seluruh warga Kampung Kemunchup, terutama Jawatankuasa GDW, yang telah bertungkus lumus siang dan malam sejak lebih setahun lalu bagi mempastikan kampung terpencil ini dapat mencapai kejayaan demi kejayaan dalam pertandingan  serta apa jua aktiviti yang disertai. 

Tanpa titik peluh, semangat dan roh, wang ringgit, pendapat dan buah fikiran, sudah tentu saya tidak mampu menjalankan tugas dan tanggungjawab sebesar ini. 

Tidak lengkap ucapan ini jika tidak saya sertakan rasa penghargaan yang amat sangat kepada Penggerak utama kejayaan Kampung ini, Encik Mukhtar Musatafa, Penyelia Kanan KEMAS Machang serta KEMAS Machang amnya. 

Kepada Para Panel Hakim, saya ucapkan selamat datang ke kampung kami yang serba kekurangan,tidak ada sekolah,tidak ada dewan,tidak ada kilang besar,tetapi kami ada semangat,keinginan,kekeluargaan dan perpaduan serta sanggup menerima teguran. 

Walaupun  penyertaan ADC peringkat Kebangsaan ini merupakan percubaan pertama,saya berjanji akan mempersembahkan yang terbaik. 

Salam sejahtera dari kami se desa 

MOHD NAWAI SHAYAL

Pengerusi GDW Kemunchup

Gerakan Daya Wawasan Kg. Kemunchup, Machang, Kelantan